Persona Auto (A) 1.6 untuk di SEWA
SEHARI: RM 130
MYVI Auto SE (A) 1.3 untuk di SEWA
SEHARI: RM 130
FORD RANGER untuk di SEWA (Delivery pickup services ONLY)
SEHARI: RM 360
PENGHANTARAN PERCUMA di kawasan-kawasan berikut:
Ampang
Bukit Antarabangsa
Desa Pandan
Jalan Ampang
Jelatek
Gombak
Keramat
KLCC
Melawati
Setiawangsa
Semarak
Wangsa Maju
Ukay Perdana
Kami memberi jaminan kereta sewa dalam keadaan baik,bersih dan servis penyelenggaraan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dokumen diperlukan:
Penyewa:
1. Salinan IC
2. Salinan lesen memandu
3. Bil Utiliti (Contoh. Elektrik,Air,ASTRO)
4. Salinan Kad Pelajar (jika ada)
Hubungi kami @ whatsapp di 013-3800776 @ 0176771990 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan
Tips Kereta:Tayar
Maklumat Pada Tayar Kereta
Cuba lihat pada tayar kereta anda, anda pasti akan menemui susunan nombor dan huruf seperti gambarajah di atas ini. Ia memberitahu tahu tentang ciri-ciri tayar kenderaan anda. Berikut adalah keterangan susunan nombor dan huruf tersebut:
- Lebar tayar, W, dalam unit mm
- Nisbah aspek,dalam unit % = (W/H)x100. Tinggi tayar, H boleh dikira menggunakan rumus ini.
- Tayar dibuat dalam bentuk bulat
- Diameter rim dalam unit inci
- Index beban - Kapasiti beban yang boleh ditampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah
- Kadar kelajuan - Kelajuan maksimum yang boleh tampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah
Dapatkan helaian PDF mengenai tayar kereta di sini.
Sumber:http://zon152.blogspot.com
Tips Kereta:Karburator
Pembentukan Selaput Dalam Karburator Enjin Petrol
Sekiranya anda mempunyai mesin yang menggunakan enjin petrol seperti
mesin rumput, pam air, generator elektrik, motorsikal atau kereta yang
jarang digunakan, contohnya anda menggunakannya sebulan sekali atau dua
bulan sekali, anda dinasihatkan tidak menggunakan petrol RON95 untuk
enjin tersebut.
Setiap enjin petrol mempunyai karburator yang berfungsi mencampurkan
petrol dan udara pada nisbah yang betul untuk dibekalkan kepada enjin.
Sekiranya enjin dibiar lama tanpa digunakan, maka tiada aliran petrol berlaku dalam karburator. Petrol akan membentuk selaput pada permukaan dalam karburator dan ini akan menyebabkan karburator tersumbat. Apabila ini berlaku, enjin tidak akan dihidupkan dan karburator perlu dihantar ke bengkel untuk diservis.
Sekiranya enjin dibiar lama tanpa digunakan, maka tiada aliran petrol berlaku dalam karburator. Petrol akan membentuk selaput pada permukaan dalam karburator dan ini akan menyebabkan karburator tersumbat. Apabila ini berlaku, enjin tidak akan dihidupkan dan karburator perlu dihantar ke bengkel untuk diservis.
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda menggunakan petrol RON95,
pembentukan selaput ini boleh terjadi dalam masa sebulan sahaja.
Pembentukan selaput untuk petrol RON97 adalah lebih lambat, iaitu dalam
tempoh 6 bulan atau lebih.
Sumber:http://zon152.blogspot.com
Tips Kereta:Suction Cup Mount
Melekatkan Suction Cup Mount Pada Cermin Kereta
Suction cup mount (gambar di atas) biasa digunakan untuk memegang
GPS, Ipad ataupun handphone untuk kegunaan dalam kerata dan ia biasa
dilekatkan pada cermin hadapan kereta.
Oleh kerana cermin hadapan kereta sering terdedah kepada cahaya
matahari, lama-kelamaan getah pada suction cup tersebut akan mengeras
dan ini membuatkan ia tidak melekat dengan sempurna pada cermin kereta.
Apabila ini berlaku, jangan buang suction cup tersebut. Cuba basahkan cup tersebut dengan sedikit air, maka anda akan dapati ia boleh melekat dengan baik pada cermin kereta anda.
Selamat mencuba...
Sumber:http://zon152.blogspot.com
Tips Kereta:Radiator
Elakkan Penggunaan Air Paip Untuk Radiator Kenderaan Anda
Radiator adalah komponen terpenting dalam sistem penyejukkan enjin
sesebuah kenderaan. Sistem ini memastikan enjin kenderaan tidak berada
dalam kepanasan melampau yang boleh merosakkan komponen dalam enjin
tersebut. Dengan menggunakan air, haba panas dari enjin akan diserap
oleh air dan dipam ke radiator untuk sejukkan semula. Air yang telah
disejukkan tersebut dihantar semula ke badan enjin dan proses ini akan
sentiasa berterusan sehingga enjin dimatikan.
Untuk penjagaan sistem penyejukan enjin, radiator perlu di'flush' sekurang2nya setahun sekali. Kemudian radiator diisi semula dengan dengan campuran air dan coolant. Walaubagaimanapun, ramai orang termasuk mekanik menggunakan air paip yang dicampurkan dengan coolant untuk diisi ke dalam radiator.
Penggunaan air paip akan memberi kesan buruk kepada sistem penyejukan kenderaan. Air paip mempunyai kandungan ion magnesium dan kalsium yang akan membentuk enapan kuning apabila air menjadi panas. Enapan kuning ini akan melekat pada permukaan badan enjin kenderaan dan ini akan mengurangkan kadar serapan haba dari enjin. Lebih teruk lagi enapan ini akan menjadi semakin tebal dan ini boleh mengganggu peredaran sistem penyejukkan enjin.
Adalah dinasihatkan agar anda menggunakan air reverse osmosis (RO) yang dicampurkan dengan coolant (cecair yang berwarna merah atau hijau). Fungsi coolant adalah untuk menaikkan takat didih air supaya air masih dapat menyerap haba dari kenderaan walaupun suhu enjin mencecah 100oC. Anda boleh mendapatkan air RO pada mesin menjual air minuman ataupun dijual dalam botol air mineral di pasaraya.
Mengisi air RO ke dalam radiator tanpa mencampurkan dengan coolant juga akan mendatangkan mudarat. Air RO tanpa coolant adalah mengakis dan ia boleh membocorkan radiator atau badan enjin dalam jangkasamasa panjang.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapatkan coolant yang telah
siap dicampurkan dengan air RO di kedai2 yang menjual alat ganti
kereta. Walaupun agak mahal, tetapi kerja anda akan menjadi lebih mudah.
Sumber: http://zon152.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)