FR INFRA SERVICES (002289471-D)

Persona Auto (A) 1.6 untuk di SEWA

SEHARI: RM 130
 


MYVI Auto SE (A) 1.3 untuk di SEWA


SEHARI: RM 130





FORD RANGER  untuk di SEWA (Delivery pickup services ONLY)



SEHARI: RM 360







PENGHANTARAN PERCUMA di kawasan-kawasan berikut:

Ampang
Bukit Antarabangsa
Desa Pandan
Jalan Ampang
Jelatek
Gombak
Keramat
KLCC
Melawati
Setiawangsa
Semarak
Wangsa Maju
Ukay Perdana


Kami memberi jaminan kereta sewa dalam keadaan baik,bersih dan servis penyelenggaraan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Dokumen diperlukan:

Penyewa:

1. Salinan IC
2. Salinan lesen memandu
3. Bil Utiliti (Contoh. Elektrik,Air,ASTRO)
4. Salinan Kad Pelajar (jika ada)

Hubungi kami @ whatsapp di 013-3800776  @ 0176771990  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan



Tips Kereta:Tayar

Maklumat Pada Tayar Kereta 

 


Cuba lihat pada tayar kereta anda, anda pasti akan menemui susunan nombor dan huruf seperti gambarajah di atas ini. Ia memberitahu tahu tentang ciri-ciri tayar kenderaan anda. Berikut adalah keterangan susunan nombor dan huruf tersebut:
  1. Lebar tayar, W, dalam unit mm
  2. Nisbah aspek,dalam unit % = (W/H)x100. Tinggi tayar, H boleh dikira menggunakan rumus ini.
  3. Tayar dibuat dalam bentuk bulat
  4. Diameter rim dalam unit inci
  5. Index beban - Kapasiti beban yang boleh ditampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah
  6. Kadar kelajuan - Kelajuan maksimum yang boleh tampung oleh tayar. Rujuk jadual di bawah

Dapatkan helaian PDF mengenai tayar kereta di sini.

Sumber:http://zon152.blogspot.com


Tips Kereta:Karburator

Pembentukan Selaput Dalam Karburator Enjin Petrol



Sekiranya anda mempunyai mesin yang menggunakan enjin petrol seperti mesin rumput, pam air, generator elektrik, motorsikal atau kereta yang jarang digunakan, contohnya anda menggunakannya sebulan sekali atau dua bulan sekali, anda dinasihatkan tidak menggunakan petrol RON95 untuk enjin tersebut.
Setiap enjin petrol mempunyai karburator yang berfungsi mencampurkan petrol dan udara pada nisbah yang betul untuk dibekalkan kepada enjin.

Sekiranya enjin dibiar lama tanpa digunakan, maka tiada aliran petrol berlaku dalam karburator. Petrol akan membentuk selaput pada permukaan dalam karburator dan ini akan menyebabkan karburator tersumbat. Apabila ini berlaku, enjin tidak akan dihidupkan dan karburator perlu dihantar ke bengkel untuk diservis.
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda menggunakan petrol RON95, pembentukan selaput ini boleh terjadi dalam masa sebulan sahaja. Pembentukan selaput untuk petrol RON97 adalah lebih lambat, iaitu dalam tempoh 6 bulan atau lebih.

Tips Kereta:Suction Cup Mount

Melekatkan Suction Cup Mount Pada Cermin Kereta 

 

Suction cup mount (gambar di atas) biasa digunakan untuk memegang GPS, Ipad ataupun handphone untuk kegunaan dalam kerata dan ia biasa dilekatkan pada cermin hadapan kereta.
Oleh kerana cermin hadapan kereta sering terdedah kepada cahaya matahari, lama-kelamaan getah pada suction cup tersebut akan mengeras dan ini membuatkan ia tidak melekat dengan sempurna pada cermin kereta.
Apabila ini berlaku, jangan buang suction cup tersebut. Cuba basahkan cup tersebut dengan sedikit air, maka anda akan dapati ia boleh melekat dengan baik pada cermin kereta anda.
Selamat mencuba...


Sumber:http://zon152.blogspot.com

Tips Kereta:Radiator

Elakkan Penggunaan Air Paip Untuk Radiator Kenderaan Anda 

 

Radiator adalah komponen terpenting dalam sistem penyejukkan enjin sesebuah kenderaan. Sistem ini memastikan enjin kenderaan tidak berada dalam kepanasan melampau yang boleh merosakkan komponen dalam enjin tersebut. Dengan menggunakan air, haba panas dari enjin akan diserap oleh air dan dipam ke radiator untuk sejukkan semula. Air yang telah disejukkan tersebut dihantar semula ke badan enjin dan proses ini akan sentiasa berterusan sehingga enjin dimatikan.

Untuk penjagaan sistem penyejukan enjin, radiator  perlu di'flush' sekurang2nya setahun sekali. Kemudian radiator diisi semula dengan dengan campuran air dan coolant. Walaubagaimanapun, ramai orang termasuk mekanik menggunakan air paip yang dicampurkan dengan coolant untuk diisi ke dalam radiator.

Penggunaan air paip akan memberi kesan buruk kepada sistem penyejukan kenderaan. Air paip mempunyai kandungan ion magnesium dan kalsium yang akan membentuk enapan kuning apabila air menjadi panas. Enapan kuning ini akan melekat pada permukaan badan enjin kenderaan dan ini akan mengurangkan kadar serapan haba dari enjin. Lebih teruk lagi enapan ini akan menjadi semakin tebal dan ini boleh mengganggu peredaran sistem penyejukkan enjin.

Adalah dinasihatkan agar anda menggunakan air reverse osmosis (RO) yang dicampurkan dengan coolant (cecair yang berwarna merah atau hijau). Fungsi coolant adalah untuk menaikkan takat didih air supaya air masih dapat menyerap haba dari kenderaan walaupun suhu enjin mencecah 100oC. Anda boleh mendapatkan air RO pada mesin menjual air minuman ataupun dijual dalam botol air mineral di pasaraya.

 Mengisi air RO ke dalam radiator tanpa mencampurkan dengan coolant juga akan mendatangkan mudarat. Air RO tanpa coolant adalah mengakis dan ia boleh membocorkan radiator atau badan enjin dalam jangkasamasa panjang.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapatkan coolant yang telah siap dicampurkan dengan air RO di kedai2 yang menjual alat ganti kereta. Walaupun agak mahal, tetapi kerja anda akan menjadi lebih mudah.

 

Sumber: http://zon152.blogspot.com